• Jonathan Shiek

Dr Noor Hisham Memperjelaskan Maksud Kontak Rapat

Mungkin masih ramai diantara kita yang kurang tahu, apa itu kontak rapat sebenarnya? Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah cuba memperjelaskan pengesanan kontak rapat ke atas mereka yang terdedah kepada kes positif COVID-19 adalah sangat penting pada masa kini. 

Langkah penjagaan dan mengekang jangkitan tersebut dari terus merebak dan berleluasa. Dr Noor Hisham menerangkan definisi sebenar kontak rapat di laman Twitter rasminya, kepada masyarakat supaya lebih peka dan tahu tentang perkara ini.

Adalah amat penting utk menjalankan pengesanan kontak rapat kpd mereka yg terdedah kpd kes positif Covid-19 utk membendung jangkitan dgn segera. Kontrak rapat adalah mereka yg terdedah kpd kes positif kurang drp jarak satu meter & melebihi 15 minshttps://t.co/liwztX1QiS — Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 13, 2021

Ujarnya di ruangan Twitternya, “ Kontrak rapat adalah mereka yang terdedah kepada kes positif kurang daripada jarak satu meter dan melebihi 15 minit”.

Apa-apa pun, diharapkan korang sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan, kerap mencuci tangan, memakai pelitup muka dengan betul dan jaga penjarakkan fizikal.

Sumber artikel asal Astro Awani

Kredit foto : Jumpakatmahkamah.com

0 views0 comments