• shafika9

Dovizioso Sah Untuk Sertai Pasukan Petronas SRT

Ini merupakan berita gembira buat peminat sukan MotoGP

Kredit foto: Kosmo!


Andrea Dovizioso sah kembali untu beraksi semula dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim ini selepas dipanggil untuk menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT). Pelumba dari Itali ini akan memulakan tugas pertamanya pada perlumbaan Grand prix (GP) San marino hujung minggu ini sekaligus mengambil alih tempat Franco Morbidelli sehingga akhir musim ini.


Morbidelli ketika ini baru saja pulih dari pembedahan lutu akan menyertai bekas rakan sepasukannya, Fabio Quartararo di Monster Energy Yamaha MotoGP selepas mengikat kontrak bersama pasukan tersebut sehingga 2023.


Difahamkan lagi, Dovizioso menyertai pasukan SRT pada musim 2022. Akan tetapi Petronas bukan lagi penaja utama pasukan tersebut. Bagaimanapun, Dovizioso tetap mendapat jentera utama seperti yang digunakan Quartararo dan juga Morbidelli.


Sumber artikel asal dari Kosmo!

8 views0 comments