• shafika9

Dos Tunggal Pertama CanSino Telah Tiba Di Malaysia

Updated: Sep 15, 2021

Jenama vaksin CanSino dari Beijing, China telah tiba di negara Malaysia pada 7.50 pagi tadi. Sebanyak 200,000 dos yang dibawa melalui penerbangan MAS Kargo dengan pesawat MH361 yang baru sahaja tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA). Turut hadir bagi menyambut ketibaan CanSino adalah Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM ), Datuk Dr Mohd Shafiq Abdullah dan Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.


Vaksin dos tunggal itu berbentuk ‘finished product’ diterima sebahagian daripada 3.5 juta dos vaksin CanSino yang telah ditempah oleh malaysia dengan penghantaran secara berperingkat. CanSino dibekalkan boleh CanSino Biologics, China manakala Solution Biologics adalah pemegang pendaftaran produk bagi CanSino di negara ini.


Vaksin CanSino telah mendapat kelulusan penggunaan bersyarat untuk kegunaan kecemasan oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun lalu. Bekalan ini dijangka memperhebatkan lagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) terutamanya di kawasan yang rendah akses.


Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments