• Syaziyah Md Sharif

Dos Penggalak Vaksin Akan Diberitahu Melalui SMS, MySejahtera

Dr. Noor Hisham juga mengingatkan supaya lebih cakna

Kredit Foto: The Star

Janji temu bagi penerima dos penggalak akan dimaklumkan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) ke telefon pintar ataupun melalui aplikasi MySejahtera bagi mempercepatkan lagi pemberian dos itu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.


Sehubungan itu, Dr Noor Hisham dalam kenyataannya mengingatkan masyarakat agar sentiasa cakna dengan pemakluman di telefon masing-masing agar tidak terlepas tarikh janji temu yang diberikan dan menyatakan sama ada bersetuju menerima dos penggalak atau tidak.


“Sekiranya terlepas tarikh janji temu yang diberikan, adalah disarankan agar menghadirkan diri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terdekat untuk pendaftaran senarai menunggu,” katanya.


Dr Noor Hisham berkata, sehingga semalam sebanyak 3,944,858 dos penggalak COVID-19 telah diberikan sejak pemberiannya diluluskan pada November lepas.


Katanya, ia dimulakan dengan kelompok tertentu iaitu individu berusia 40 tahun dan ke atas; individu berusia 18 tahun dan ke atas yang mempunyai komorbiditi; penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang, ibu mengandung dan individu dengan keperluan ke luar negara.


Take note ya guys!



3 views0 comments