• shafika9

Dolla Dibandingkan Sama Dengan BlackPink ? Betul Ke ?

Updated: Sep 21, 2021

Dolla pernah menjadi bahan perbualan kepada netizen di twitter kerana nampak seperti sama dengan kumpulan yang sensasi dari Korea Selatan iaitu Blackpink. Grup Dolla ini dianggotai 4 gadis jelita iaitu Sabrina, Tabby, Syasya dan Angel.


Sebab mungkin netizen merasakan grup Dolla ini mempunyai 4 orang ahli, sama dengan Blackpink yang juga mempunyai 4 orang ahli kumpulan. Perkara ini menjadi desas desus di kalangan netizen di Malaysia. Ramai fanatik Kpop di Malaysia mengkritik dengan penampilan mereka seolah-olah meniru dari segi gaya tarian, fesyen, muzik yang dilihat sama seperti kumpulan sensasi dari Korea Selatan itu.

Sumber : KopiPlanet

Pada pendapat saya, mungkin berbeza dan saya merasakan Dolla mempunyai imej dan cara pembawa kan mereka tersendiri. Kita tak boleh samakan mereka dengan Blackpink yang sudah popular sehingga peringkat global. Walhal, mereka masih baru dalam dunia industri ini dan memerlukan sokongan kita semua untuk support mereka. Lagu-lagu mereka juga banyak menceritakan tentang kekuatan dan keyakinan seseorang wanita dimana mereka mempunyai konsep lagu tersendiri.

Ini antara lagu-lagu yang saya nak recommend pada korang, sekiranya korang first timer dengar lagu dari grup Dolla. Selamat mendengar!







#blackpink #Dolla #Malaysia

1 view0 comments