• Jonathan Shiek

Doktor kelahiran Pulau Pinang, Dr Wu Lien-Teh Dirai Di Google Doodle

Dr Wu Lein-Teh yang merupakan doktor dalam perubatan dari Pulau Pinang diberi penghormatan dalam paparan terbaharu di halaman carian Google.com

Beliau meninggal dunia pada 1960 dirai dalam inisiatif ‘Google Doodle’ atas sumbangan beliau dalam bidang perubatan.

Dr Wu adalah individu penting dalam peranannya melawan wabak ‘Manchuria’ yang bermula sejak 1910 ketika era pemerintahan Dinasti Qing.

Sebelum ini, beliau bersekolah di Penang Free School sebelum mendapat biasiswa kerajaan British untuk melanjutkan pengajian di Universiti Cambridge pada 1896, kemudiannya beliau berhijrah ke China pada tahun 1908.

Paling membanggakan, Dr Wu pernah ditawarkan jawatan sebagai Timbalan Pengarah Imperial Army College di Tianjin.

Di atas kejayaannya melakukan bedah siasat bagi mengetahui punca wabak Bacillus Pestis atau lebih dikenali wabak bubonik, kepercayaan masyarakat China terhadap sistem perubatan barat dengan proses itu juga mula berubah.

Dr Wu juga telah diberi kepercayaan penuh untuk memulakan pemodenan terhadap sistem perubatan China dengan membuka North Manchurian Plague Prevention Service, sebelum mengasaskan National Medical Association pada tahun 1915.

Bukan itu sahaja, beliau terus menabur bakti dalam bidang perubatan sehingga dilantik menjadi pengarah pertama Pusat Kuarantin Negara China pada 1930 di Shanghai.

Sumbangan besarnya itu membolehkan nama beliau dicalonkan untuk anugerah Nobel pada tahun 1935.

Dr Wu turut mendapat gelaran ‘Bapa Perubatan Moden’ di China.

Beliau sempat pulang ke Ipoh, Perak pada tahun 1937 sebelum meninggal dunia pada 21 Januari 1960 akibat serangan angin ahmar.

Sumber: Astro AWANI

0 views0 comments