• Jonathan Shiek

Diserang Wanita Bogel Dengan Batu, Hos TV Romania Ini Trauma

Seorang penyampai televisyen program Acces Direct di Romania diserang wanita bogel menggunakan bata di dalam studio.

Lebih malang, serangan itu dilakukan ketika penyampai saluran Antena 1, Mirela Vaida sedang bersiaran langsung pada 19 Mac lalu.



Insiden yang berjaya dirakam itu menunjukkan Mirela berhenti bercakap lalu menjerit.

Seorang wanita yang memasuki studio TV dengan keadaan terlanjang juga melemparkan batu.

Menurut polis Romania, penyerang ingin membunuh Vaida sambil berteriak kepadanya: “Beri saya wang! Bagi saya duit!”.

Wanita itu mempunyai beberapa batu di dalam beg dan dia ditangkap terlebih dahulu oleh pekerja stesyen TV itu kemudian diserahkan kepada polis.

Penyerang telah dikeluarkan dari Hospital Obregia pada 12 Mac dengan diagnosis mental.

Tonton video penuh itu di bawah.




1 view0 comments