• shafika9

Diramalkan Bahawa Putera George Berkemungkinan Tak Sempat Jadi Pemerintah Britain ?

Putera George yang kini telah menganjak usia 8 tahun dan merupakan pewaris ketiga takhta Britain

Kredit foto: Guncekal


Diramalkan Putera George, iaitu merupakan anak sulung kepada pasangan Putera William dan Catherine Middleton diramal tidak sempat untuk menaiki takhta sebagai pemerintah Britain. Ramalan ini dinyatakan dari seorang novelis, Hilary Mantel yang melihat sistem monarki Britain akan berakhir sebelum Putera George menaiki takhta.


Putera George yang baru saja berusia 8 tahun merupakan pewaris ketiga takhta Britain selepas Putera Charles dan Putera William. Akan tetapi, Mantel percaya hanya dua generasi sempat menduduki takhta tertinggi dalam sistem monarki Britain itu.


Hal demikian kerana arus pemodenan dunia masa kini akan mengubah sistem kerabat diraja. Berdasarkan perhitungan Mantel, monarki Britain hanya mampu bertahan selama dua generasi akan datang, sekali gus menjadikan Putera William sebagai pemerintah terakhir.

Menurut Mantel, “ini hanya satu ramalan yang adil namun ia tidak akan menaruh harapan tinggi” katanya dalam satu kenyataan.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


31 views0 comments