• shafika9

Dikenakan Denda RM 3,000 Jika Pemilik Kenderaan Masih Menggunakan Nombor Plat ‘Fancy’

Berhati-hati ye, kalau ada sesiapa yang menggunakan nombor plat ‘fancy’

Kredit foto:GulaPop


Mesti ramai yang kurang tahu, sebenarnya penggunaan nombor plat kenderaan ‘fancy’ ini adalah dilarang sama sekali kerana ia sudah melanggar dari segi undang-undang jalan raya di Malaysia. Namun, masih ada segelintir pemilik kenderaan yang tetap berdegil dan menggunakan nombor plat pelbagai jenis reka bentuk sehingga menyukarkan pelbagai pihak untuk mengenal pasti nombor pendaftaran jika kenderaan tersebut terlibat dalam sebarang insiden.


Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan Raya telah memuat naik sebagai tanda peringatan di Facebook rasmi mereka mengenai kesalahan penggunaan nombor plat ‘fancy’, sekiranya kabur atau mengelirukan seperti gambar di bawah.


Orang ramai dinasihatkan untuk mematuhi peraturan bagi memasang nombor pendaftaran kenderaan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Sekiranya masih berdegil juga, pemilik kereta bakal diambil tindakan untuk ditemu siasat oleh JPJ. Jika didapati bersalah pemilik bakal dikenakan hukuman tidak kurang RM 300 dan tidak lebih RM 3,000 di bawah Seksyen 14 (4) APJ 1987.


Sumber artikel asal dari VOCKET



13 views0 comments