• Jonathan Shiek

DidikTV Dapat Membantu Para Pelajar Belajar Secara PdPR

Seperti kita sudah mengetahui, semalam adalah tarikh pelancaran DidikTV dimana ia memberikan respon positif daripada netizen terutamanya dikalangan para ibu bapa. Pelancaran tersebut telah pun dilancarakan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kebanyakan ibu bapa berasa teruja dan menyokong dengan adanya DidikTV kerana serba sedikit dapat menaikkan semangat para pelajar untuk belajar secara progresif. Langkah ini, adalah usaha memperkasakan sistem PdPR sedia ada. Kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, “kerajaan sentiasa peka dan prihatin dengan cabaran yang dihadapi oleh murid, guru dan ibu bapa dalam situasi sukar ini. Inisiatif ini mempelbagaikan sumber pembelajaran yang mungkin sukar diakses melalui atas talian, KPM menyediakan slot program TV Pendidikan secara terestrial yang disiarkan di TV Okey RTM, Tutor TV Astro dan Didik TV @NTV7,” tambahnya lagi semasa pelancaran saluran TV pendidikan KPM, Didik TV. Sumber artikel asal dari Astro Awani

#DidikTV

2 views0 comments