• Jonathan Shiek

Di Bandar Cap D’Agde, Anda Bebas Berbogel!

Sebuah lokasi percutian di Perancis digelar ‘bandar paling bogel di dunia’ kerana membenarkan orang ramai berbogel ketika berada di tempat awam.

Bandar Cap D’Agde, yang terletak di pesisir pantai laut Mediterranean mengamalkan peraturan aneh itu yang membenarkan pengunjung berada di mana-mana lokasi awam tanpa seurat benang.

Destinasi itu juga menerima jolokan ‘paling liberal di dunia’ dan orang ramai yang menginap di bandar itu boleh berbogel ketika berada di tepi pantai, pasar raya, restoran, salun rambut, kedai roti dan lokasi-lokasi lain.

Setiap kali musim panas, bandar tersebut menerima lebih 50,000 pelancong dari seluruh dunia dengan kebanyakannya datang dari Perancis, Belgium, Jerman, Itali, Amerika Syarikat, Belanda dan Kanada.

Dalam pada itu, meskipun orang ramai dibenarkan berbogel, melakukan hubungan seksual secara terbuka di bandar itu adalah dilarang sama sekali dan mereka yang didapati melakukan perbuatan tidak senonoh boleh didenda sehingga €15,000 (RM73,753).

Mereka yang ingin berada di bandar Cap D’Adge perlu membayar caj khas yang ditetapkan memandangkan ia ditutup kepada pengunjung luar.

Sumber: Kosmo!

0 views0 comments