• Syaziyah Md Sharif

Denmark, New Zealand Dan Finland Antara Negara Paling Kurang Rasuah 2021

Data ini diambil dari Transparency International


Badan pemerhati anti rasuah antarabangsa melaporkan bahawa negara Denmark, New Zealand dan Finland menduduki tempat pertama dalam senarai negara paling kurang rasuah di dunia.


Menurut Daily Mail, kedudukan tersebut dipaparkan menerusi Indeks Persepsi Rasuah 2021 oleh Transparency International.

Dalam pada itu, Sudan Selatan dicatatkan berada pada kedudukan terbawah dalam senarai dengan 11 mata lalu menjadikan ia sebagai negara paling tinggi kes rasuah dan Amerika Syarikat (AS) pula terkeluar daripada senarai 25 negara teratas buat kali pertama kerana menghadapi serangan berterusan terhadap pilihan raya.


Kedudukan tiga negara teratas tersebut dilaporkan sama dengan 88 mata setiap satu. Dua yang lain mengekalkan kedudukan manakala Finland mengalami peningkatan sebanyak tiga mata.


Laporan itu mendapati bahawa kebanyakan negara mencatatkan sedikit atau tiada kemajuan dalam menurunkan tahap rasuah dalam sedekad yang lalu.


Tindak balas pihak berkuasa terhadap pandemik Covid-19 di kebanyakan tempat dikatakan telah menjejaskan sifat bertanggungjawab terhadap perkara tersebut.


Transparency International mendapati bahawa hak semak dan imbang semakin lemah bukan sahaja di negara dengan kes rasuah dalam kalangan pihak berkuasa dan institusi yang lemah, tetapi juga kepada negara dengan sistem demokrasi yang mantap.




Sumber: Daily Mail

13 views0 comments