• Jonathan Shiek

Denda RM1000 Jika Ponteng Puasa

IPOH: Ketagih merokok dan teh tarik antara alasan popular diberikan kaki ponteng puasa setiap kali ditahan dalam operasi oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sepanjang bulan Ramadan.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, hanya kerana rokok sebatang dan teh tarik segelas, mereka yang ditahan boleh didenda RM1,000 atau enam bulan penjara.

Katanya, kebanyakan yang ditahan atas kesalahan tidak berpuasa dan makan di tempat awam itu juga terdiri dalam kalangan mereka yang berumur.

“Geng plastik hitam (kaki ponteng puasa) ini setiap tahun memang ada. Mereka akan beri pelbagai alasan seperti sakit gastrik, uzur, beli makanan untuk ibu dan tidak tahan lapar selain tabiat menikmati roti canai dan segelas teh tarik.

Plastik hitam https://t.co/lgTd7uGafH — Kucing Insaf (@AzamRazali161) April 6, 2021
Tak faham…….nape tkleh plastik pink ke hijau ke….. — huda fikriyah (@HudaFikriyaH_) April 6, 2021
Haha simbolik geng ponteng puasa je tu, lagipun plastik hitam biasanya susah nak nampak isi dalam — Kucing Insaf (@AzamRazali161) April 6, 2021

“Kita minta mereka ini agar menjaga maruah diri dan agama supaya tidak tercemar akibat perbuatan tersebut. Jika benar pun uzur, boleh berbuka tetapi bukan di tempat awam,” katanya.

Menurut beliau, JAIPk telah mengenal pasti beberapa ‘port’ ponteng puasa di semua daerah di negeri ini termasuk beberapa lokasi di Ipoh yang sering dikaitkan dengan aktiviti ‘plastik hitam’.

Katanya, lebih 100 penguat kuasa ditugaskan bagi melakukan pemantauan dan rondaan di premis-premis dikenal pasti termasuk di lokasi-lokasi sunyi seperti kubur dan taman.

“Kita nasihat mereka ini agar malu dan bertaubat. Anak berpuasa tetapi bapanya tidak. Jangan kerana dahaga teh tarik sanggup tidak berpuasa. Bertaubatlah sebelum terlambat takut Ramadan akan datang tidak sempat,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menasihatkan pengusaha restoran agar jangan bersuhabat dengan menyediakan ruang tertentu atau tirai untuk pelanggan yang tidak berpuasa.

Sumber:  UTUSAN ONLINE

0 views0 comments