• shafika9

Demon Slayer Pecah Rekod Mengalahkan ‘Spirited Away’ Dan Menjadi Filem Blockbuster No.1 Di Jepun

Updated: Oct 14, 2021

Wahai peminat anime sekalian, adakah korang mengetahui berita ini? ya, percaya atau tak filem Kimetsu no Yaiba: Mugen Train, akhirnya berjaya pecah rekod di Jepun menjadikan filem yang paling terlaris jualan pada tahun 2020. Tambahan pula, filem Kimetsu no Yaiba ini berjaya mengalahkan filem ‘Spirited Away’ yang telah lama pegang rekod filem terlaris jualan sejak 2 dekad ini. 

Sejak dilancarkan pada 16 Oktober lalu, Kimetsu no Yaiba: Mugen Train berjaya mengutip 32.5 bilion yen bersamaan RM 127.2 juta hanya dalam 73 hari tayangan. Juga hampir melebihi 24 juta tiket telah terjual bagi filem Kimetsu no Yaiba ini. Manakala, bagi filem ‘Spirited Away’ mengambil masa 253 hari untuk cecah 30 bilion yen dan menjadi hits pada jualan box-offices.

Sumber: Aniplex USA

Filem Kimetsu no Yaiba yang telah ditayangkan pada 33 buah negara dan juga dialih suara pada 14 buah bahasa menurut dari penerbit Shueisha Inc. Bagi peminat di Malaysia yang menantikan filem ini, akan dikeluarkan pada 4 Februari 2021 menurut dari pihak GSC Cinemas. Jadi pastikan korang kena natikan keluaran anime ini tau!.

Tahniah! buat filem Kimetsu no Yaiba kerana berjaya mengalahkan filem ‘Spirited Away’, pernah menduduki no.1 hampir dua dekad tanpa ada pesaing filem lain yang dapat mengalahkan filem terbitan dari Hayao Miyazaki.




Berikan pandangan korang diruangan komen dibawah berkenaan filem Kimetsu no Yaiba : Mugen Train. Adakah korang akan tonton filem ini pada tahun depan nanti? Share kan bersama kami disini ya. 

Sumber artikel asal Nikkei Asia

#KimetsunoYaiba

1 view0 comments