• Jonathan Shiek

‘Demon Slayer’ Akan Menjadi Tarikan Baharu Di Universal Studios Di Jepun

Para peminat animasi ‘Demon Slayer : Kimetsu no Yaiba’ adakah korang sudah mula rasa teruja dengan berita ini ? ya, perkara ini telahpun disahkan oleh pihak Universal Studios Japan (USJ) sendiri untuk mengembangkan lagi francais animasi ini diluar kumpulan Universal Pictures.

Beberapa bulan lalu, Universal Studios Japan (USJ) telah membuka satu taman tema baharu iaitu Super Nintendo dan kini USJ mengumumkan untuk bekerjasama dengan animasi popular dari Jepun ini. Ada yang mula rasa gembira tak disini ? bagi peminat animasi ini, semestinya korang akan mula berasa teruja dan gembira akan berita ini. 

Ia salah satu inisiatif yang boleh menarik ramai lagi pengunjung untuk hadir dan melihat sendiri secara lebih dekat berkenaan animasi ‘Demon Slayer’ di USJ. Malah, pelanggan boleh merasai sendiri bagaimana melakukan ‘Teknik Pernafasan dengan Seluruh Anggota Badan’ dengan menggunakan teknologi seperti penggunaan VR (Virtual Intelligent) dan pawagam 4-D. 

Pihak Universal Studios Japan (USJ) telah memberikan gambaran bahawa tarikan baharu ‘Demon Slayer’ ini akan dibuka pada 17 September dan berlangsung sehingga 13 Februari tahun depan.

Sumber artikel asal dari SoraNews24

0 views0 comments