• Jonathan Shiek

Demi Nak Nampak Macam Syaitan, Lelaki Ini Sanggup Potong Jari, Tanam Taring!

Selama ini selalu dengar orang buat pembedahan plastik untuk nampak macam bintang filem, lain pula cerita seorang lelaki ini…

Seorang lelaki digelar ‘syaitan manusia’ bertindak nekad memotong jari tengahnya bagi mendapatkan rupa tangan seperti karakter iblis yang biasa digambarkan dalam filem seram, lapor portal Daily Mail.

Michel Faro do Prado, 44, turut menanam taring kelabu dalam mulutnya menerusi pembedahan plastik yang menelan belanja sekitar £790 (RM4,555).

Menurut Prado, dia tidak berasa menyesal atau sakit sepanjang menjalani prosedur perubahan fizikal bagi mencapai rupa yang dikehendakinya.

“Saya tidak rasa pengubahsuaian wajah dan mana-mana bahagian tubuh satu penyeksaan kerana ia adalah seni.

“Lagipun ketika pembedahan berlangsung, saya dibius dan tidak merasa apa-apa kesakitan,” katanya.

Sebelum ini, Prado pernah menggemparkan dunia media sosial dengan membuat pembedahan menarah hidung dan menanam taring, katanya semua ini dilakukan untuk mencipta ‘karya seni agung’.

Sumber: Daily Mail 

0 views0 comments