• Jonathan Shiek

Dek Kerana Mercun, Seorang Remaja Kehilangan Dua Jari

Seorang remaja hilang jari telunjuk dan tengah sebelah kanan selepas terkena letupan mercun bola dalam kejadian Kampung Banggol Kulim, Rantau Panjang, Kelantan.

Kejadian malang itu berlaku pada jam 8.30 malam apabila Aiman Hakim Che Ghani, 19, tidak sempat untuk membaling mercun bola tersebut yang kemudian meletup secara ‘mengejut’ sekali gus mendatangkan kecederaan kepadanya.

Abang mangsa, Khairul Azwan Che Ghani, 25, berkata, dia dan keluarga menyedari kejadian itu selepas mendengar Aiman Hakim mengerang kesakitan selain tangannya dipenuhi darah.

“Sejurus melihat keadaan Aiman Hakim, kami sekeluarga terus membawanya ke klinik berdekatan untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Khamis.

Menurutnya, bagaimanapun Aiman Hakim terpaksa dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu kerana mengalami kecederaan yang agak parah.

Berjaga-jaga ya kalau nak main mercun tu…

Sumber: Astro AWANI

0 views0 comments