• Syaziyah Md Sharif

Debut Lisa Blackpink Pecah Dua Rekod Guiness

Lagu solonya 'Lalisa', memecahkan rekod video muzik YouTube yang paling banyak ditonton dalam masa sehari

Kredit Foto: Zoom TV

Siapa sahaja yang tidak mengenali kumpulan K-Pop terhangat Blackpink kan? Salah seorang anggotanya Lisa yang menampilkan persembahan solo kini memecahkan dua rekod dunia Guinness melalui single 'Lalisa'.


'Lalisa' dilancarkan pada 10 September lepas memecahkan rekod video yang paling banyak ditonton di YouTube untuk artis solo dalam masa 24 jam.



Lagu tersebut mendapat 73.6 juta pada 24 jam pertama dan rekod itu memintas lagu 'Me!' oleh taylor Swift pada tahun 2019 dengan tontonan sebanyak 65.2 juta.


Dengan rekod itu, 'Lalisa' juga kini mencipta rekod terbaru untuk video muzik YouTube paling banyak ditonton oleh artis solo K-Pop.


Malah, pencapaian beliau mengatasi debut solo rakan kumpulannya sendiri, Rose melalui "On The Ground" yang dilancarkan pada 12 Mac dengan rekod 41.6 juta tontonan dalam 24 jam.


Lisa yang berasal dari negara Thailand itu, dipuji oleh perdana menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha kerana mempromosikan budaya Thailand dalam video muzik "Lalisa" bulan lalu.



Sumber: Astro AWANI


12 views0 comments