• Jonathan Shiek

DBKL Larang Orang Awam Beri Gelandangan Makan Bermula Bulan Ramadan Ini

Baru saja Ramadan telah pun bermula pada hari semalam, kini pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan arahan berkenaan larangan untuk mengagihkan sumbangan makanan kepada gelandangan secara terus di sekitar pusat bandar sepanjang bulan Ramadan. Antaranya yang tak dibenarkan ialah badan bukan kerajaan (NGO) ataupun mana-mana individu biasa.


Ini bertujuan untuk mengelak berlaku pembaziran dan kekotoran di kawasan ibu kota. Selain itu, ingin mengekang penularan wabak COVID-19. Pihak DBKL juga menyatakan, makanan masih boleh direuskan melalui pusat gelandangan iaitu di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang dan Pusat Khidmat Gelandangan Medan Tunku, turut satu pusat komuniti iaitu Pusat Pembelajaran Komuniti, Chow Kit.

Sesiapa diantara korang yang ingin menghulurkan sumbangan, bolehlah hubingi talian 03-26176321 bagi tujuan penjadual agihan. Bagi mereka yang gagal mematuhi arahan yang ditetapkan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments