• Jonathan Shiek

Datuk Syafinaz Lancarkan Lagu Baru Selepas 10 Tahun!

Datuk Syafinaz Selamat yang terkenal dengan kredibiliti vokalnya yang hebat, kini melancarkan single terbaharu berjudul ‘Persis Salju’ selepas hampir dua dekad tidak menyajikan buah tangan buat peminatnya.

Bukan tiada keinginan untuk menghasilkan single baharu tetapi beliau yang juga merupakan tenaga pengajar di beberapa institusi pengajian tinggi itu terlalu sibuk dengan kerjayanya selain dalam bidang nyanyian.

Menariknya, single terbaharu berjudul Persis Salju ciptaan KuSham dan lirik oleh Zaira itu sudah dirakamkan sejak 10 tahun lalu, namun baharu kini ia dilancarkan kepada pendengar.

Lagunya kali ini menaruhkan elemen klasik dalam muzik dan bergenre balada.

Sebelum ini, beliau pernah popular menerusi lagu Ingin Bersamamu dan untuk lagu ini, beliau terpaksa menyimpannya disebabkan kekangan waktu serta kesibukannya dengan tugas hakiki.

“Pejam celik tanpa sedar, single Persis Salju sudah 10 tahun terperap. Ikutkan saya merancang mengeluarkan single tersebut pada tahun lalu.

“Namun, kita diuji pula dengan pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jadi, saya harus menunggu masa yang sesuai untuk melancarkannya.

“Jika boleh, saya mahukan masa terbaik dan bersesuaian apatah lagi saya tak keluar single baharu selama 20 tahun. Biarlah promosinya boleh diadakan secara menyeluruh,” katanya.

Lagu Persis Salju ini sudah boleh didengar di platform digital!

0 views0 comments