• Jonathan Shiek

Datuk Nicol David Tersenarai Dalam ‘Greatest Athlete of All Time’

Bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol, David tercalon bagi Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia ( The World Games ). Satu-satunya wakil tunggal dari rantau Asia yang tersenarai dalam peringkat anugerah berprestij ini.

Pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun, pemain kelahiran dari Pulau Pinang berusia 37 tahun itu akan bersaing dalam undian atas talian bersama dengan 23 calon lain yang juga mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu.

Sumber : The Sun Daily

10 calon dengan undi terbanyak akan disenarai pendekkan manakala pemenang gelaran tersebut bakal diumumkan pada 1 Feb ini. 

Korang juga boleh mengundi kepada calon tersebut di laman web ‘The World Games’, dalam masa 24 jam. Undian mesti dilakukan setiap kali pada dua calon, dua undi bagi calon pertama dan satu undi untuk calon pilihan kedua. Korang boleh klik disini untuk mengundi calon kegemaran korang.

Menurut The World Games, “ sekiranya korang mengundi hanya pada satu calon saja maka undi korang akan terbatal atau tak didaftarkan”. Setakat ini Datuk Nicol David telah pun mendahului beberapa atlet daripada sukan gimnastik, sukan kasut roda, memanah, sumo, bola baling, muay thai, powerlifting. 

Sumber artikel asal dari Astro Awani

#nicoldavid

0 views0 comments