• Syaziyah Md Sharif

Datuk Lee Chong Wei Dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan

Tahniah Datuk Dr Lee Chong Wei!

Kredit foto: Instagram @leechongwei

Ikon dan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena Upacara Konvokesyen ke-58 universiti itu di Balai Menghadap Hijau Istana Arau di sini hari ini.


Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail yang juga Canselor USM berkenan menyampaikan ijazah kehormat tersebut.

Dalam istiadat tersebut, baginda bertitah agar semua pihak berhenti melakukan aktiviti-aktiviti yang mengancam kesejahteraan masyarakat dengan keutamaan mestilah diberikan sepenuhnya kepada pembangunan masyarakat dan negara.


Sebagai info, Datuk Dr Lee Chong Wei menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.


Beliau juga ialah pemain badminton Malaysia ketiga yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysia yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.




Sumber: Kosmo!

6 views0 comments