• Jonathan Shiek

Datuk Bandar Moscow Menawarkan Hadiah Kereta Secara Cabutan Undi

Hampir seluruh negara pada masa kini, setiap kerajaan dengan sedaya upaya untuk cuba meyakinkan rakyat mereka dengan pengambilan vaksin COVID-19 bagi untuk menurunkan angka kes penularan COVID-19. Cara ini sahaja dapat memutuskan rantaian wabak pandemik ini.

Termasuk jugalah di negara Rusia yang amat menggalakan rakyatnya untuk mengambil dos vaksin COVID-19 ini. Dengan itu juga, Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin telah mengumumkan menerusi laman web rasminya bagi untuk mendapatkan dos vaksin pertama COVID-19 dengan berpeluang memenangi sebuah kereta secara cabutan undi.

Moscow to give away free cars to spur people to get COVID vaccine https://t.co/rRBrBar77o — Calgary Sun (@calgarysun) June 14, 2021

Serba sedikit cara ini dapat membantu kerajaan Rusia untuk mempercepatkan rakyat mereka mula mengambil vaksin. ”Bermula 14 Jun hingga 11 Julai 2021, sesiapa berumur 18 tahun dan ke atas yang sudah mendapatkan dos pertama vaksin COVID-19 berpeluang memenangi kereta,” kata Sobyanin.

Terdapat lima buah kereta yang akan dihadiahkan setiap minggu buat siapa yang bertuah sahaja. Tawaran ini secara tak langsung telah mempercepatkan proses program vaksinasi yang terhenti seketika ekoran peningkatan jangkitan baru di Moscow dan seluruh tersebut.

Moscow mayor orders 'long weekend' away from work to curb COVID-19 surge https://t.co/wYZzsD76XXUPI.com (@UPI) June 12, 2021

Datuk Bandar Moscow juga telah memerintahkan ‘long weekend‘ di mana penduduk setempat tidak bekerja di bandar bermula pada Sabtu lalu sehingga 20 Jun ini bagi mencegah penularan wabak COVID-19 yang sedang meningkat pada ketika ini.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments