• Jonathan Shiek

Datuk Azizulhasni Cuit Hati Netizen, Muat Naik Gambar Tidur Bersama Pingat

Perkongsian gambar memaparkan atlet berbasikal negara, Datuk Mohammad Azizulhasni Awang ‘tidur’ berkain pelikat disamping pingat perak yang dimenanginya di laman sosial rasmi milik atlet itu mencuit hati orang ramai.


View this post on Instagram

A post shared by Azizul | Awang (@azizulhasniawang)


Gambar tersebut dikongsi sendiri oleh Mohammad Azizulhasni dengan kapsyen “Gambar wajib, simpan sini.” itu mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya mengharapkan atlet berasal dari Terengganu itu boleh tidur nyenyak malam ini selepas bertungkus-lumus dalam perlumbaan keirin semalam.

Di ruang komen juga dilihat beberapa pengguna media sosial menyatakan keterujaan mereka menantikan vlog terbaharu di laman YouTube Mohammad Azizulhasni mengenai pengalamannya sepanjang berada di Tokyo bagi temasya sukan Olimpik itu.

Semalam Datuk Mohammad Azizulhasni berjaya merangkul pingat perak melalui acara keirin di sukan Olimpik Tokyo 2020.

1 view0 comments