• Jonathan Shiek

Dari 130 Kg Turun Sehingga 85 Kg, Tiada Yang Mustahil Pada Lelaki Ini

Turunkan berat badan bukanlah suatu yang mudah untuk seseorang lakukan. Pengambilan makanan yang betul dan cara bersenam yang efisien. Kadang-kadang, mungkin pada sesetengah orang ia sangat mengambil masa dan leceh untuk turunkan berat badan, dan menyebabkan rasa ingin putus asa itu mudah.

Namun tak pula pada seorang lelaki ini, Muhammad Sapuwan bin patrim, 22 tahun yang baru-baru ini berkongsikan transformasi badannya di laman Twitternya keadaan dirinya yang dulu dan sekarang. Jelasnya di ruang Twitter, bermula dengan berat badan sebanyak 130 kg pada Oktober 2019, Sapuwan tekad untuk berubah selepas dikutuk oleh orang sekeliling atas sebab sukar untuk cari saiz baju yang sesuai. 

Nampak mudah tapi setahun yaa 😂 pic.twitter.com/t23n8XxulD — one (@wanptrm) January 9, 2021

Perkongsian tersebut mendapat banyak reaksi positif daripada netizen, dan ada yang turut bertanyakan tips menurunkan berat badan. Korang boleh check dibawah ini, macam mana Sapuwan turunkan berat badannya.

  1. Jangan anggap nasi boleh menggemukkan diri, Nasi boleh diambil, tapi kadar yang sikit cuma suku pinggan saja.

  2. Makan ikut masa. Tak makan tengahari atau makan malam bukanlah satu kaedah yang sihat. Terang Sapuwan, dia mengamalkan makan 2 biji telur rebus pada setiap pagi.

  3. Senaman adalah rutin wajib dilakukan setiap hari. Sekurang-kurangnya 15 sehingga 30 minit. Untuk dirinya akan berjoging sejauh 4 kilometer atau lebih untuk tempoh seminggu. 

  4. Makan malam sebelum pukul 7 malam dan amalkan minum air kosong yang banyak.

Pada akhir sekali, Sapuwan berkongsikan sebuah video TikTok perjalanan transformasi dirinya. Satu inspirasi buat mereka di luar sana!

Now berat dah 85kg, dia cam ni tau kalau korang rajin konsisten lagi cepat lost weight . GODD LUCK guys moga kurus before raya !! Bagi i share video ni hahahahah Follow ig guew @wanptrm sayang korang 😂😂🤣😂 pic.twitter.com/AZzlsY74C9 — one (@wanptrm) January 9, 2021

Sumber artikel asal dari Lobak Merah

#beratbadan

0 views0 comments