• Jonathan Shiek

Dana Kecemasan Covid-19 Digunakan Untuk Bina Patung Sotong Gergasi

Sebuah bandar yang terletak di tepi pantai Jepun menarik perhatian orang ramai selepas menggunakan dana bantuan Covid-19 kerajaan untuk membina sebuah patung sotong gergasi, menurut Perbadanan Penyiaran Britain (BBC).

Patung berupa sotong sepanjang 13 meter itu dibina di bandar pelabuhan Noto yang mana sotong terbang merupakan makanan kegemaran penduduk di situ.

Pentadbiran bandar itu dilaporkan menggunakan peruntukan kecemasan Covid-19 berjumlah 25 juta yen (RM941,976) bagi tujuan tersebut.

Menurut pegawai-pegawai bandar Noto, patung itu merupakan sebahagian daripada tarikan jangka panjang untuk menarik pelancong kembali selepas pandemik ini berakhir.

Sebagai info, Jepun kini mempunyai lonjakan baharu kes Covid-19 dan Tokyo kini di bawah perintah darurat yang ketiga sejak pandemik bermula.

Noto yang terletak di wilayah Ishikawa, pantai barat Jepun, mempunyai bilangan kes Covid-19 amat sedikit tetapi ekonominya teruk terjejas akibat pengurangan mendadak bilangan pelancong.

1 view0 comments