• shafika9

Dalgona Candy Kini Jadi ‘Viral’, Demam ‘Squid Game’ Masih Tak Habis Lagi !

Korang ada yang dah mula buat Dalgona Candy di rumah ?

Kredit foto: Honest Food Talks


Demam drama bersiri viral ‘Squid Game’ masih tiada penghujungnya, malah penonton juga turut melakukan permainan yang dimainkan di dalam drama tersebut. Kini, ramai penonton telah mencuba membuat ‘Dalgona Candy’ yang sememangnya popular di Korea Selatan. ‘Dalgona’ yang berasal dari perkataan ‘Dalgoona’ iaitu bermaksud ‘manis’ telah muncul di tahun 60-an di Busan, Korea Selatan.


Bagi bahan-bahan untuk melakukan ‘Dalgona Candy’ ini tidaklah sesusah mana yang korang fikirkan sebenarnya. Sangat mudah untuk dilakukan di rumah dan lagi seronok dibuat beramai-ramai bersama dengan keluarga mahupun rakan-rakan. Cara membuatnya dengan menggunakan senduk sup besi dan letakkan gula ke dalam sehingga ia mula cair. Kemudian, masukkan baking soda sedikit sahaja dan mula kacaukan sedikit demi sedikit sehingga ia berubah warna coklat cair.

Apabila sudah siap, maka boleh tuangkan Dalgona itu pada atas kertas silikon atau kertas parchment supaya ia tidak melekat pada permukaan. Kalau ada acuan yang korang suka seperti bunga, payung, bulat, tiga segi dan pelbagai lagi bolehlah tekap diatas gula Dalgona tersebut.

Bila dah siap, apa lagi masa untuk mencuba patahkan ‘Dalgona Candy’. Tapi jangan terlalu gopoh sangat, buat secara perlahan-lahan untuk dapatkan bentuk mengikut acuan yang korang dah buat. Jadi selamat mencuba semua !.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

13 views0 comments