• Syaziyah Md Sharif

Dai Syed Dihadapkan ke Mahkamah Untuk Pertuduhan Seks Luar Tabii

Updated: Sep 21, 2021

Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, atau dikenali sebagai Dai Syed, bekas peserta rancangan realiti keagamaan telah dihadapkan dengan 3 pertuduhan iaitu melakukan seks di luar tabii, cabul dan rogol.

Dai Syed, 25 tahun, didakwa melakukan seks di luar tabii terhadap wanita berusia 22 tahun di sebuah kondominium di Damansara Perdana. Dia juga didakwa melakukan kesalahan mencabul kehormatan terhadap wanita yang sama pada waktu dan lokasi yang sama.

Dia juga telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan merogol seorang wanita berumur 23 tahun di sebuah bilik di Shah Alam pada 11 September tahun lalu.

Bagi pertuduhan melakukan seks di luar tabii dan rogol, dia menghadapi hukuman penjara maksima 20 tahun serta sebatan bagi setiap kesalahan. Manakala untuk pertuduhan cabul, jika disabitkan kesalahan, dia bakal menghadapi penjara maksimum 10 tahun. 

Namun, Dai Syed telah mengaku tidak bersalah bagi kesemua tuduhan dan minta untuk dibicarakan. Ketika prosiding, pihak pendakwa telah meminta agar jumlah ikat jamin ditetapkan pada kadar yang maksimum diberikan kepada tertuduh kerana dikhuatiri akan mengganggu mangsa-mangsa yang akan menjadi saksi utama perbicaraan kes.

Bagaimanapun, pihak pembelaan meminta jumlah ikat jamin dikurangkan kerana Dai Syed menanggung keluarganya dan juga pendapatanya terjejas akibat Covid-19.

Dia telah diperintahkan untuk diikat jamin dengan jumlah RM 35,000 bagi ketiga-tiga kesalahan dengan syarat untuk tidak menghubungi atau berkomunikasi dengan kedua-dua mangsa.

Dia juga harus melaporkan diri ke balai polis Kota Kemuning mulai 1 Januari 2021.

0 views0 comments