• Syaziyah Md Sharif

Daging Buaya Jadi Alternatif Kepada Daging Khinzir Di Thailand

Ia susulan kenaikan harga daging khinzir di negara tersebut

Gambar Hiasan

Di Thailand, daging khinzir merupakan antara daging yang paling banyak dimakan dan baru-baru ini, harga daging haiwan ternakan tersebut melonjak kepada 200 Baht (RM 25) sekilo, disebabkan itu rakyat Thai mencari alternatif untuk protein tersebut.


Penternak buaya, Wichai Rungtaweechai, 65, yang menternak hampir 10,000 ekor buaya di wilayah Nakhon Pathom berkata, situasi itu membuatkan dia tidak tahu bagaimana hendak memenuhi permintaan tinggi kerana sering dikunjungi pelanggan baharu hampir setiap hari.


Menurut laporan South China Morning Post, sekilogram daging buaya secara perbandingan berharga sekitar 66 Baht (RM 8).


"Sebelum ini, saya menjual kulit buaya untuk industri fesyen dengan sebahagian dagingnya dieksport untuk restoran makanan eksotik.


"Namun, kebelakangan ini ramai pembekal makanan dan restoran datang kepada saya mencari daging buaya untuk dibeli.


"Kini, jualan daging buaya saya meningkat kepada lebih 100 kilogram (kg) setiap hari berbanding hanya 20 kg pada minggu sebelum ini," kata Wichai Rungtaweechai.


Sementara itu, Ketua Jabatan Kesihatan, Dr Suwannachai Wattanayingcharoenchai berkata, daging buaya boleh menjadi sumber protein yang baik apabila daging babi mahal.


Namun katanya, orang ramai harus berwaspada kerana memakan daging mentah atau kurang masak tidak selamat dan membahayakan kesihatan.




Sumber: South China Morning Post




4 views0 comments