• Jonathan Shiek

Cubaan Anti-Vaksin Yang Menakutkan Orang Ramai Akan Didakwa Di Bawah Akta Hasutan

Datuk Seri Takiyuddin, Menteri Undang-Undang telah memberi amaran kepada sesiapa yang cuba menghasut orang ramai agar tak mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948. Mana-mana individu mahupun kumpulan anti-vaksin yang bertindak sedemikian maka ia akan menghadapi tindakan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Kami mendesak masyarakat untuk tak menyebarkan perkara provokatif yang berkaitan dengan vaksin COVID-19,” katanya yang meminta orang ramai agar tak menimbulkan spekulasi ataupun menyebarkan info palsu terutamanya di musim wabak COVID-19.

“Sekiranya ada yang berdegil dan enggan mengikut arahan yang telah ditetapkan, pihak berwajib akan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya. Takiyuddin menyatakan bahawa kerajaan belum membuat keputusan mengenai cadangan untuk mendenda individu yang gagal menghadiri janji temu vaksin COVID-19.

Katanya lagi, dasar kerajaan pada masa ini bahawa suntikan vaksin bersifat bebas dan sukarela. Tapi ia terserah pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Jaminan Bekalan Vaksin COVID-19 dan Pasukan Imunisasi COVID-19. Ia terserah kepada jawatankuasa untuk mengambil tindakan atau tidak.

Sumber artikel asal dari VOCKET 

0 views0 comments