• Jonathan Shiek

Cuaca panas Di Malaysia Akan Reda Pada Pertengahan April

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan cuaca panas yang dialami di seluruh negara ketika ini dijangka kembali reda bermula pertengahan April ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, keadaan cuaca yang berlaku ketika ini adalah fenomena biasa yang berlaku sepanjang bulan Februari sehingga April setiap tahun.

Jelasnya, negara kini juga berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac tahun ini.

SIARAN MEDIA JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA: CUACA PANAS PADA PENGHUJUNG MONSUN TIMUR LAUT #metmalaysia#kementerianalamsekitardanair pic.twitter.com/YdUZ3pWxH7 — Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) February 15, 2021

“Dalam tempoh ini taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung terutamanya di negeri sebelah utara.

“Taburan hujan yang rendah dalam tempoh lama boleh menyebabkan cuaca agak panas terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun kata MetMalaysia, pihaknya tidak menjangkakan keadaan cuaca panas luar biasa berlaku pada tahun ini.

Mengulas lanjut, MetMalaysia berkata, sehingga kini suhu tertinggi bagi bulan Februari adalah sekitar 36.2°C berbanding bulan sama tahun lalu sekitar 37.4°C yang dicerap sekitar Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.

#cuacapanas #Malaysia

0 views0 comments