• Jonathan Shiek

COVID-19: Varian Delta Dikesan Di Rembau

Kes positif Covid-19 membabitkan varian Delta oleh seorang pekerja kilang bukan warganegara Malaysia telah dikesan di daerah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD), Mohamad Najib Mustafa berkata, kes berkenaan telah ditemui dalam Kluster Pedas 2 dan tiga sampel kes positif Covid-19 telah diambil pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk kajian selanjutnya.

Menurutnya, di antara tiga sampel berkenaan terdapat satu kes dikenal pasti membawa varian Delta dan terdapat kemungkinan berlaku penularan varian berkenaan.

“Tindakan Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan (PKPD) ini amat diperlukan supaya kita dapat membendung varian berbahaya ini yang kita semua tahu boleh merebak sangat pantas.

“Salah satu kaedah mengawal kluster yang terbaru di Rembau iaitu Kluster Industri Chembong adalah melaksanakan PKPD di empat lokaliti membabitkan seramai 4,200 penduduk dengan bilangan 1,027 rumah,” katanya ketika ditemui pemberita di Pos Kawalan PKPD Taman Chembong Utama, di sini, awal pagi tadi.

1 view0 comments