• shafika9

COVID-19 Dijangka Hadir Sebagai Varian Yang Lebih Merbahaya Daripada Delta

Kena lebih banya berhati-hati selepas ini

Kredit foto: The Straits Times


Seperti kita telah mengetahui, COVID-19 kini masih lagi menyerang dunia dan menunjukkan tiada tanda berhenti sehingga kini. Kehadiran varian terbaru menyebabkan proses untuk pemulihan dari rantaian wabak ini masih tiada kepastiannya lagi.


Baru-baru ini, terdapat dari sebuah laporan Insider Paper melaporkan pakar imunologi telah menjangkakan varian terbaru yang dinamakan sebagai COVID-22 yang berkemunkinan bakal menyerang dunia tidak lama lagi. Perkara ini amat merisaukan banyak pihak, varian baharu ini ia dikatakan amat lebih merbahaya daripada varian Delta.

Difahamkan varian ini terhasil daripada mutasi pelbagai varian sedia ada dan didakwa orang ramai mungkin memerlukan alternatif selain daripada bergantung kepada vaksin semata-mata. Menurut dari Professor Doktor Sai Reddy, selaku pakar imunologi di institut ETH Zurich, mereka yang belum mendapatkan suntikan vaksin berpeluang menjadi super spreader bagi varian Delta.


Bagi kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan kebawah amat mudah terkena jangkitan ini. Beliau turut mendakwa dalam usaha untuk meningkatkan antibodi, mendapatkan suntikan dos ketiga antara dicadangkan. Setakat ini, masih belum ada varian COVID-22 direkodkan pada pesakit wabak merbahaya ini.


Sumber artikel asal dari VOCKET

2 views0 comments