• Jonathan Shiek

CITF Memohon Maaf Atas Gangguan Teknikal Untuk Mendaftar Vaksin

Pada tengah hari semalam, bermulanya waktu untuk menempah slot janji temu suntikan AstraZeneca dan ia dimaklumkan telah mengalami gangguan teknikal sehingga menyebabkan pengguna menghadapi kesukaran untuk mengakses beberapa butang ciri di laman web CITF.

Menurut, CITF mengambil serius terhadap perkara ini disebabkan masalah teknikal yang dihadapi dan tindakan yang perlu diambil kepada pihak berkenaan demi kepentingan awam dan negara.” Pihak CITF memaklumkan ramai pihak yang berminat untuk divaksin tetapi gagal untuk membuat tempahan. 

Dengan ini, kami memohon maaf diatas kesulitan yang dihadapi dan sentiasa terbuka untuk sebarang maklum balas dan teguran daripada semua pihak,” katanya. CITF juga mengulangi bahawa individu yang telah mendaftar di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) akan tetap mendapat vaksin di bawah PICK.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments