• Jonathan Shiek

Citarasa Sama, Macam Kembar! Memey Dan Abby Pilih Kereta Yang Sama!

Pelakon terkenal tanahair, Abby Abadi pernah dilanda kontroversi apabila rumah tangganya yang dibina bersama pelakon, Norman Hakim tidak berpanjangan.

Hubungan mereka berakhir apabila pasangan berkenaan memutuskan untuk bercerai dan bekas suaminya berkahwin dengan pelakon, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi.

Walau bagaimanapun, itu semua kisah lama. Kini, kedua-dua pelakon wanita berkenaan menjalin hubungan persahabatan yang sangat akrab setelah memilih untuk melupakan kenangan pahit itu dalam kehidupan mereka.

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram, Abby memuat naik posting berkongsi gambar dirinya dan Memey di hadapan kereta mereka yang kini berwajah baharu.

Baru-baru ini, Abby memuat naik posting di laman sosial Instagram berkongsi gambar dirinya dan Memey di hadapan kereta mereka yang kini berwajah baharu.

Paling menarik perhatian ialah warna dan jenis kereta itu sama!


View this post on Instagram

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112)


Menurut pelakon drama bersiri Gerak Khas itu, mereka berdua sememangnya memiliki citarasa yang sama dari dahulu sehingga kini.

Posting di laman Instagram Memey pula, beliau menyatakan mereka seakan kembar! Kereta warna semua sama yang lain cuma nombor plate sahaja.


View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)


Ruangan komen pula dipenuhi dengan rasa teruja dan terharu oleh peminat-peminat mereka. Semoga kedua-duanya sentiasa diredhai!

#abbyabadi #memeysuhaiza

1 view0 comments