• Jonathan Shiek

Cincin Tersekat Di Bahagian Kemaluan, Mangsa Nyaris Maut

Kejadian yang berlaku di Klang, terdapat seorang lelaki warga Indonesia yang hampir kehilangan nyawa disebabkan kemaluannya membengkak apabila cincin yang disarungkan pada kemaluannya tak berjaya ditanggalkannya semula.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk menerima bantuan kecemasan.

Setibanya di lokasi mendapati kemaluan mangsa berusia 21 tahun itu, telah membengkak teruk akibat cincin yang disarungkannya. “ Anggota kita telah menggunakan peralatan khas untuk memotong cincin berkenaan dalam tempoh 20 minit,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Kini lelaki berkenaan dilaporkan stabil dan diserahkan kepada pihak hospital bagi tindakan lanjut.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments