• shafika9

China Melarang Semua Stesen TV Paparkan Lelaki Feminin

Adakah tindakan seperti ini wajar diambil di lakukan di negara kita juga ?

Kredit foto: Weibo


Cuba korang bayangkan, kalau di negara Malaysia kerajaan mula melarangkan semua stesen TV memaparkan lelaki feminin, apa pendapat korang terhadap perkara tersebut? adakah ia wajar dilakukan atau tidak ?. Begitulah juga yang sedang dilakukan oleh pemerintah China yang mengharamkan stesen penyiaran negara untuk tidak lagi memaparkan imej lelaki yang lembut.


Presiden Xi Jinping mengarahkan pelaksanaan ‘pembaharuan nasional’ itu dengan Parti Komunis China mengawal ketat perniagaan, pendidikan, budaya dan keagamaan dalam visi untuk menjadikan masyarakat China sebagai lebih kuat dan sihat. Menurut dari undang-undang televisyen negara tersebut, kini sudah mula menghentikan tayangan imej lelaki yang bersifat keperempuanan.


Negara China terlalu banyak mempengaruhi imej keperempuanan daripada penyanyi dan pelakon dari Korea Selatan serta Jepun gagal dalam menggalakkan golongan lelaki muda di negara itu yang bersifat maskulin.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


1 view0 comments