• Jonathan Shiek

China Lapor Kes Selsema Burung H10N3 Pertama Yang Boleh Menjangkiti Manusia

Baru-baru ini, di negara China melaporkan kes manusia dijangkiti selsema burung H10N3 pertama di dunia. Virus ini kebiasaannya dijangkiti dari ternakan ayam dan itik. Pihak berkuasa kesihatan berkata, risiko berlakunya wabak berskala besar adalah ‘amat rendah’.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC) memberitahu, pesakit merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dari Zhenjiang yang merupakan sebuah bandar di wilayah Jiangsu. Lelaki berkenaan dimasukkan ke hospital pada 28 April lalu selepas mengalami demam dan simptom lain.

H10N3 tergolong dalam virus selesema burung. Virus itu boleh membunuh burung liar dan ternakan dan unggas seperti ayam serta itik. Ia boleh tersebar melalui udara antara burung liar dan ternakan unggas seperti selesema biasa.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

1 view0 comments