• Jonathan Shiek

China Haramkan Video ‘Mukbang’

Pada masa kini, video ‘mukbang’ ini menjadi trend di seluruh dunia, tak mengira dari segi orang muda mahupun orang tua suka melakukan konten tersebut demi mendapat reaksi lebih dari netizen dan keuntungan dengan hanya menggunakan platform media sosial.

Tetapi kini pemerintahan China telah mengharamkan penyiaran video ‘mukbang’ di China bagi mengelakkan pembaziran makanan yang telah diumumkan baru-baru ini. ‘Mukbang’ merupakan klip video yang memaparkan seseorang makan dengan kuantiti pemakanan yang banyak sambil berinteraksi dengan penonton.

Mengikut undang-undang baharu di China, penduduk dilarang mempromosikan kandungan makanan berkenaan berlebihan secara terbuka, secara di media sosial mahupun di tempat awam. Denda yang bakal dikenakan sebanyak 100,00 yuan (RM 63,938) terhadap mana-mana pihak yang menyebarkan atau di muat naik di media sosial sambil makan makanan dalam kuantiti yang banyak.

Video ‘mukbang’ menjadi trend pada masa kini kerana ia mudah mendapat tontonan tinggi di YouTube. Perniagaan yang menyebabkan pembaziran makanan ketika proses pembuatan pula boleh dikenakan denda maksimum 50,000 yuan (RM 31,967). Sebilangan restoran dan perniagaan di China telah mula mengambil langkah serius bagi mengelakkan berlakunya pembaziran makanan di premis mereka.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments