• Jonathan Shiek

China Guna Kaedah Calitan Dubur Lebih Berkesan Untuk Kesan Virus

Kebiasaannya kalau kita dengar atau pernah lihat ‘swab test’ akan dibuat melalui mulut dan hidung betul kan? Kini, negara China dah menjumpai kaedah yang lebih efektif dan kesan virus dengan lebih baik adalah calitan pada dubur, ke atas individu tersebut.

Menurut dari Doktor kanan dari Hospital You’an, Li Tongzeng, berkata pengesanan virus menggunakan kaedah itu ternyata ia lebih berkesan berbanding calitan di saluran pernafasan. Katanya, kadar pengesanan lebih tinggi kerana virus tersebut lebih lama berada dibahagian dubur, berbanding di saluran pernafasan.

You thought nasal swabs were bad. China begins using anal swabs for COVID testing because they supposedly give a more accurate result. pic.twitter.com/zUSMF7Fu7H — Mike Sington (@MikeSington) January 27, 2021

Tapi kaedah tersebut mendapat reaksi yang berbeza dalam kalangan warganet di China. Ada pengguna media sosial berkata “saya amat beruntung dapat pulang awal ke China. Risiko rendah tetapi amat memalukan (jika dicalit dekat dubur)”. 

Ada seorang pengguna media sosial juga merasakan kaedah ini adalah bahan jenaka.“Saya menjalani dua calitan. Setiap satu calitan dubur, jururawat akan melakukan calitan di tekak.  Saya risau jika jururawat terlupa menukar kapas pencalit baru,” katanya. 

Sumber artikel asal dari BH Online

#swaptest

0 views0 comments