• Jonathan Shiek

Chef Jamie Oliver Masak Ikan Siakap Ala Malaysia!

Chef selebriti terkenal Jamie Oliver, mengendali rancangan memasak popular Jamie And Jimmy’s Friday Night Feast, yang disiarkan di Channel 4 Britain.

Pada episod yang disiarkan pada 15 Januari, Oliver memilih untuk memasak seabass (siakap) ala Malaysia.

Siri ini kini berada di musim kelapan. Konsep rancangan ini adalah, akan ada dua tuan rumah memasak dan mereka disatukan oleh tetamu selebriti.

Antara tetamu musim lalu termasuklah atlet Usain Bolt, pelakon David Tennant dan pelawak John Bishop.

Video Oliver yang membuat “siakap panggang” boleh ditonton di akaun Instagramnya. Memang nampak sedap!


View this post on Instagram

A post shared by Jamie Oliver (@jamieoliver)


Antara ramuan yang digunakan untuk masakan tersebut adalah serai, cili merah, bawang merah, halia, daun limau purut dan garam yang dihancurkannya dengan lesung batu dan ditambah kacang tanah.

Dia juga menambahkan minyak ikan, tomato puri dan jus limau nipis ke dalam bancuhan sebelum menyisipkannya ke atas ikan. Lalu ikan itu dibungkus dengan daun pisang dan dibakar.

Video itu berakhir dengan beliau menikmati ikan dengan nasi, serta salad dan cili jeruk, dengan mengatakan, “Biasanya, saya akan menggunakan pisau dan garpu untuk ini, tetapi hari ini saya akan menggunakan tangan saya.”

Walaupun ramai yang bersetuju pada bahagian komen bahawa makan dengan tangan adalah cara orang Malaysia, terdapat juga netizen yang merasakan perkara itu janggal.

0 views0 comments