• Jonathan Shiek

CEO Huawei Mengesahkan iPhone 12 Sebagai ‘Telefon Pintar Terbaik Dunia’

Sebelum ini, CEO Huawei, Ren Zhengfei pernah mengakui bahawa syarikat Apple adalah merupakan role model terbaik. Beliau kali ini, sekali lagi menyatakan Apple dalam satu kenyataan dengan melabelkan iPhone 12 sebagai telefon pintar terbaik di dunia. Kalau di fikirkan  semula, kenapa CEO Huawei tak menyokong produk syarikatnya sendiri bukan?

Kenyataan ini, sememangnya mengejutkan orang ramai serta menjadi buah mulut warganet dengan melihatkan seorang CEO dari syarikat China dengan menyokong syarikat pesaingnya sebagai model terbaik di pasaran. 

Menurutnya, Apple iPhone 12 merupakan telefon pintar terbaik dunia disebabkan jumlah penggunanya yang lebih ramai di Eropah. Melihatkan, jenama dari syarikatnya masih belum mendapat nama dan mengambil perhatian pengguna telefon pintar di benua tersebut. Selain itu, pemilihan orang ramai yang lebih memilih iPhone sekaligus menunjukkan kehebatan teknologi 5G Huawei.

Harapan beliau juga mengharapkan presiden terbaru Amerika Syarikat iaitu Joe Biden, mengamalkan polisi terbuka sekaligus membolehkan Huawei sekali lagi berdagang di negara tersebut tanpa ada sekatan.

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments