• Jonathan Shiek

Caprice Tangkap Sendiri ‘Scammer’ Baju Raya Keluarannya!

Penyanyi rap terkenal tanahair, Caprice dilaporkan telah berjaya menangkap dalang penipuan baju raya miliknya yang dikatakan telah ‘scam’ duit pelanggan yang hendak membeli baju-bajunya tersebut.

Perkara tersebut diumumkan Caprice menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya di mana dia ada memberitahu bahawa sudah memberi amaran kepada individu tersebut untuk tampil menyerah diri namun tidak diendahkan.


View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Dalam pada itu, Caprice juga turut memberi amaran kepada mereka di luar sana yang mencuba untuk menjadi ‘scammer’ agar menyerah diri dan berhenti daripada melakukan perkara haram tersebut.

Caprice juga sempat mengucapkan terima kasih kepada mereka di luar sana yang turut membantu dalam mengesan lokasi dan keberadaan lelaki tersebut sehingga berjaya dicekup pihak berkuasa.

Selain itu, difahamkan juga lelaki tersebut pernah melakukan perkara sama iaitu menipu dalam bisnes menjual baju ‘hoodie’ keluaran Caprice sebelum ini.

Haih korang ni, bulan puasa pun nak menipu ya!

#bajurayacaprice #Caprice

0 views0 comments