• Jonathan Shiek

Caprice Berasa Terkilan Dikatakan Kurang Siuman

Sehingga kini masih ada segelintir pihak yang berkata aktivis atau lebih dikenali seorang penyanyi rap, Caprice mendakwa dirinya seorang kurang siuman. Kenyataan tersebut menyebabkan Caprice berasa terkilan yang dilemparkan dari sesetengah pihak yang sindir mahupun maki dirinya.

Caprice atau nama sebenar, Ariz Ramli, 33 tahun telah menafikan dakwaan tersebut tersebut dan dia menegaskan dirinya kini dalam keadaan paling tenang. “Alhamdulillah saya okay. Saya berasa tenang sejak lima hari yang lalu. Saya sedar akan kesilapan yang dilakukan ketika beremosi. Saya sentiasa berzikir, membaca buku bagi mengingatkan kehidupan Nabi Muhammad SAW.

“Semua ini untuk mengingatkan diri tentang tujuan saya ke sini dan Insya-Allah saya akan okay. Alhamdulillah, saya okay,” katanya di Instastory. Pada masa yang sama juga, Caprice mengucapkan terima kasih buat individu-individu yang prihatin dengan keadaannya dan sentiasa menyokongnya. 

Alhamdulilah tiada siapa yang panggil saya gila dan mereka menasihatkan saya supaya meneruskan misi. Tiada yang mengarahkan saya untuk pulang ke Malaysia. 

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments