• Syaziyah Md Sharif

Cameron Highland Antara Tempat Berisiko Tinggi Untuk COVID-19

Keadaan di tempat peranginan itu terlalu sesak

Seperti yang semua rakyat Malaysia sedia makum, sekatan untuk merentas negeri telah dimansuhkan dan semestinya ramai yang mengambil peluang untuk bercuti.


Antara tempat yang sering dikunjungi ketika hujung minggu atau cuti panjang adalah Cameron Highland, Pahang.


Baru-baru ini seorang 'influencer' yang tidak asing lagi iaitu Khairul Aming bertanyakan kepada pengguna Twitter, bilakah masa yang sesuai untuk berkunjung ke Cameron Highland.

Apa yang menarik perhatian adalah respon kepada 'tweet' diatas yang mengatakan dirinya adalah seorang petugas kesihatan dan dia berkata bahawa ramai yang pulang daripada Cameron Highland melakukan ujian kendiri Covid-19 dan mempunyai keputusan yang positif.

Tweet tersebut mencapat lebih 5K 'retweet' dan ramai juga antara netizen yang mengakui perkara tersebut.




Dalam pada itu ramai juga antara netizen yang mengingatkan supaya selalu menjaga SOP tidak kira dimana juga, dan elakkan temoat yang terlalu sesak.



56 views0 comments