• Jonathan Shiek

Butik pertama LILIT. dibuka di KL East Mall dan Kolaborasi Dengan Farm Fresh!

LILIT., jenama dari kumpulan FashionValet, telah membuka butik pertama merekadi KL East Mall. Peminat LILIT. dapat melihat dan membeli produk LILIT. kegemaran mereka dan koleksi untuk Hari Raya yang akan datang. Sebagai jenama yang terkenal dalam dunia fesyen tempatan, LILIT. memberi sentuhan kontemporari kepada gaya fesyen sopan sejak kemunculannya pada 2018. 

“Kami berterima kasih kepada pelanggan yang setia bersama kami sejak memulakan perniagaan pada bulan Mei 2018. Kasih sayang dan sokongan mereka telah membolehkan kami mencapai mercu kejayaan ini dengan pembukaan butik fizikal. Jadi, kami harap dengan pelancaran ini, kami boleh menyediakan ruang untuk wanita menemui gaya tersendiri mereka dan merasa yakin apabila memakai helaian LILIT., kata Salamah Salleh, Pengurus Jenama LILIT.

Dilhamkan oleh sentuhan feminin dan dekor kontemporari minimalis, butik LILIT. membawa tema merah jambu pastel dengan dihiasi cermin besar bersama petikan-petikan kata yang memberi inspirasi di sekeliling stor.




Bagi menawarkan pelanggan pengalaman lebih unik juga menarik minat mereka untuk berkongsi setiap sudut stor di laman sosial, butik ini akan memaparkan instalasi seni tersendiri dan akan ditukar setiap enam (6) bulan. Untuk enam (6) bulan pertama, LILIT. akan memaparkan beg kertas LILIT. dengan ukuran sebesar manusia di dalam bilik persalinan untuk membolehkan pelanggan mengambil gambar,” kata Salamah Salleh, Pengurus Jenama, LILIT.


View this post on Instagram

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)



View this post on Instagram

A post shared by AnisKiss (@_aniskiss)


Kolaborasi LILIT. dan Farm Fresh


Koleksi ini boleh didapatkan di laman web https://www.fashionvalet.com/lilit, di FashionValet ataupun di butik LILIT. mulai 13 April 2021.

LILIT. Tetangga

Memandangkan Hari Raya akan tiba tidak lama lagi, LILIT. telah melancarkan ‘LILIT. Tetangga’ sebagai tema koleksi Raya 2021 mereka. Tema ini diilhamkan oleh gaya feminin dan klasik, mencedok inspirasi daripada mereka yang terdekat dan sentiasa berada di sekeliling anda semasa musim perayaan. Koleksi ini memberi tumpuan kepada personaliti jiran-jiran berlainan yang selalu menghidupkan suasana raya dan menjadikannya lebih bermakna.


Harga koleksi ini adalah antara RM199 hingga ke RM299 dan boleh didapati di laman web https://www.fashionvalet.com/lilit, di FashionValet ataupun di butik LILIT., KL East Mall. 

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelancaran butik dan koleksi yang akan datang, sila ikuti pengumuman di laman Instagram LILIT.

2 views0 comments