• Jonathan Shiek

Burung Tumpang Burung Lain Untuk Ke Destinasinya

Terkini dalam berita yang menarik perhatian: Seekor burung menunjukkan bahawa walaupun anda seekor burung, tidak bermakna anda perlu menggunakan kepak untuk terbang.

Dalam satu video yang tular di media sosial, seekor burung camar dilihat sedang menunggang burung lain yang sedang terbang di udara. Kemungkinan ianya penat, namun yang jelasnya ianya dilihat sedang memanfaatkan tenaga burung yang sedang terbang itu.

Netizen yang melihat fenomena luar biasa itu sempat memberikan ulasan terhadap video berkenaan.

“Ianya seperti Uber untuk burung,” tulis mereka.

Ada juga yang menyamakan adegan kedua-dua burung tersebut dengan adegan dua aktor Hollywood popular dalam filem ‘Titanic’ iaitu Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.

Video tersebut telah menjadi tular di media sosial. Sehingga kini ianya telah mendapat tontonan lebih 3 juta kali.

No way! 🤯 pic.twitter.com/62UF9c7GBw — Buitengebieden (@buitengebieden_) April 24, 2021
0 views0 comments