• Jonathan Shiek

Bunuh Isteri Dengan Alasan Wanita Itu Mati Kerana Dijangkiti COVID-19

Kejadian yang berlaku di Hyderabad, India apabila niat ingin menipu, akhirnya terbongkar atas perbuatan yang membunuh isterinya telah diketahui orang ramai. Lelaki dari India ini menggunakan alasan yang wanita berkenaan terkorban kerana dijangkiti COVID-19.

Dia juga tak membenarkan sesiapa untuk menyentuh jasad wanita itu, kononya bimbang terkena virus berbahaya itu. Sedangkan si suaminya, Ramavath Vijay itu yang membunuh isterinya dengan menekup mukanya dengan bantal.

Menurut dari laporan, Vijay didakwa bergaduh dengan isterinya dan menyangka isterinya itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Sejurus kematian Kavitha, Vijay yang bekerja sebagai pemandu memberitahu ibu bapanya bahawa wanita itu meninggal dunia kerana COVID-19. 

Lelaki berkenaan dengan kadar segera membawa mayat mangsa ke kampung halamannya di Nalgonda untuk pengebumian. Tujuannya untuk menyegerakan ritual pengebumian supaya tak disyaki oleh orang ramai dan pihak polis. Tapi usahanya telah diketahui keluarga si mangsa dan dia ditahan oleh polis.

Polis memaklumkan kematian mangsa dicurigai selepas ibu bapanya tidak dijangkiti COVID-19 walaupun selepas menyentuh mayat anak mereka. Ibu si mangsa berasa sangsi dengan hal terbabit lalu membuat laporan polis. Mayat mangsa dibawa untuk bedah siasat dan ia disahkan mangsa bukan meninggal dunia kerana COVID-19.

Polis menahan Vijay pada 3 Julai dan kan mendakwanya di mahkamah kerana niat membunuhnya isterinya. 

Sumber artikel asal dari Harian Metro

1 view0 comments