• Syaziyah Md Sharif

Bulu hidung pun kena jaga ke?

Updated: Sep 20, 2021

Mungkin tak semua orang boleh relate dengan masalah ini, tapi dalam seumur hidup kita ni mesti pernah tertanya atau terjenguk lubang hidung orang lain sampai kita terasa nak bertanya “Eh kenapa bulu hidung kau panjang sangat eh?”

Ataupun ada antara kita yang pernah ternampak bapak-bapak kita atau datuk-datuk kita guna gunting kat tandas dengan cara yang begitu ekstrem sampaikan menjolok gunting ke dalam lubang hidung dengan harapan dapat mencapai bulu-bulu yang telah menceroboh keluar dari lubang hidung diorang.

Kami yakin bahawa masalah ini masalah yang bakal memberi pencerahan kepada semua. Jadi kami telah study sedikit sebanyak tentang bulu hidung ni.

Sebenarnya. Bulu hidung ni ada dua jenis, satu ‘vibrissae’ dan satu lagi ‘cilia’.

Vibrissae merupakan helaian yang degil, lebat dan suka menonjol, dan cilia ni pulak yang lemah lembut malu-malu kecil halus.

Gittew, bulu hidung pun ada karakter.

Tetapi anggaplah vibissae ni sebagai ‘The Hulk’ yang bertanggungjawab untuk mencegah kuman dan zarah-zarah kecil daripada memasuki sistem pencernaan kita.

Cilia pula menapis mukus dan lendir dari bahagian belakang hidung menuju ke perut, jadi si kecil lemah lembut tu sebenarnya besar kepentingan dia!

Jadi macam ni lah. Kalau bulu hidung korang tu dah menjalar ke luar lubang hidung sampai boleh dah gantung baju, eloklah pegi trim atau cukur sikit-sikit bagi kemas. Tapi jangan berlebihan pula, sebab setiap bulu korang ada karakter dan kepentingan masing-masing.

Bak kata Allahyarham Aziz Sattar,

“Walaupun rupamu tidak ku kenal, tetapi lobang hidungmu tetap menjadi pujaan hatiku”.

0 views0 comments