• Syaziyah Md Sharif

Buku Novel Malaysia Ini Akan Dijadikan Filem Hollywood

Updated: Sep 24, 2021

Claudia Tan, seorang gadis telah mendapat inspirasi untuk menulis novel fiksyen beliau sendiri selepas menonton The Hunger Games dan Twilight ketiga beliau berusia 16 tahun.

Claudia telah menulis dan menerbitkan novel beliau di laman social Wattpad, dan telah mengumpulkan sebanyak 160 juta bacaan!

Salah satu buku beliau yang bertajuk Perfect Addiction, telah memenangi People’s Choice Award pada tahun 2015 dan telah mendapat perhatian daripada Wattpad Studios yang telah pun menerbitkan beberapa filem sebelum ini.

Dan sekarang, giliran novel hasil penulisan Claudia pula yang bakal diterbitkan di Hollywood!

Wattpad Studios akan bekerjasama dengan 2 orang pengarah yang telah menghasilkan filem Resident Evil. Constantin Film dan Jeremy Bolt kini bakal menerbitkan filem Perfect Addiction.

Karya Claudia Tan, yang kini berusia 22 tahun, Perfect Addiction adalah sebuah novel bersiri percintaan antara Sienna, seorang jurulatih kickboxing dengan kekasihnya, Jax yang merupakan juara kickboxing underground.

Namun begitu, Jax telah menduakan Sienna dengan adiknya sendiri!

Sienna ingin membalas dendam dengan melatih Kayden, untuk merampas kejuaraan yang dimiliki oleh Jax.

Namun begitu, dalam proses melatih Kayden, cinta bakal berputik.

Disebabkan Covid-19, proses untuk menyiapkan file Perfect Addiction telah ditangguhkan.

“Saya harap ia akan ditayangkan di layer perak, saya pasti ia akan menjadi satu pengalaman yang menarik!” – Claudia Tan

0 views0 comments